Wednesday, June 5, 2013

Dafi ditangkap khalwat



3 Jun – Penyanyi dan pelakon popular, Dafi menjelaskan kejadian ditangkap khalwat di sebuah hotel di Batu Pahat, Johor adalah salah faham apabila dia didakwa tidur sebilik dengan pembantu peribadinya.
Menurut satu laporan akhbar mingguan semalam, Dafi, 24, yang menjalani penggambaran sebuah drama di sana berkata dia terkejut apabila biliknya diketuk oleh empat orang lelaki yang memperkenalkan diri mereka sebagai pencegah maksiat.

Mereka yang mendakwa mendapat aduan daripada orang awam kemudiannya meminta izin untuk melakukan pemeriksaan, namun gagal menjumpai apa-apa dan memohon maaf sebelum beredar.
Pelantun lagu "Salahkah Aku" ini menyifatkan tuduhan tersebut sebagai mengarut dan menjelaskan pembantu peribadinya memang seorang wanita tetapi mereka tidak berkongsi bilik, sebaliknya diletakkan di tingkat hotel yang sama.

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri memberitahu kejadian tersebut memberi pengajaran besar buatnya dan turut berharap agar masyarakat tidak memberi persepsi negatif terhadap semua artis kerana hakikatnya bukan semuanya begitu.

Sunday, May 19, 2013

Lisa Surihani Kini Duta untuk Kamera Sony

Jika anda peminat Lisa Surihani, beliau kini adalah muka baru untuk Sony dimana beliau akan memperagakan kamera Sony di dalam iklan untuk NEX-3N – kamera dengan lensa yang boleh ditukar paling nipis di pasaran sekarang. Pada masa yang sama, Sony juga telah melancarkan peraduan dalam talian yang diberi nama “ JOM MERIAH bersama Lisa Surihani” yang akan berjalan dari sekarang sehingga 30 Jun 2013.
“Sony telah memilih Lisa sebagai duta baru kami kerana beliau mempunyai perwatakan yang positif, manis dan juga sentiasa ceria. Sony ingin menjadi medium dimana pengguna kami boleh mengekspresikan kreativiti mereka melalui fotografi dengan kamera yang mempunyai perlbagai fungsi tetapi senang digunakan. Lisa adalah calon terbaik untuk pelanggan kami melalui laman sosial, terutamanya setelah beliau dinobatkan sebagai Selebriti Sosial Media 2013 di Malaysia Social Media Week 2013 baru-baru ini,” kata Ivy Goh, Ketua Pengurusan Pengaktifan Jenama di Sony Malaysia.




Nak menang NEX-3N ni?

Peraduan ini akan menghadiahkan pemenang hadiah berjumlah RM 10,000 dan juga peluang untuk memenangi Rumah Terbuka Raya bersama Lisa. Kamera NEX-3N yang berharga RM 1,799 akan diberi kepada pemenang hadiah sagu hati.
Anda hanya perlu ke http://www.sony.com.my/microsite/jommeriah-lisasurihani/ untuk menyertai peraduan ini.
Jangan ketinggalan ya!




Friday, May 17, 2013

Panas !!! Siti Saleha Lesbian ?

KEPELBAGAIAN  watak dalam lakonan tidak dinafikan mampu memberi impak yang positif terhadap karier seseorang anak seni yang bergelar pelakon.
Buat aktres cantik, Siti Saleha, dia bersetuju untuk memegang watak ‘lesbian’ dalam filem terbaru berjudul Tujuh arahan Raja Mukhriz adalah disebabkan untuk mencabar diri sendiri dalam menjayakan watak tersebut.
“Untuk menjadi pelakon yang lebih versatil, saya mahu cuba lakukan pelbagai watak supaya mutu lakonan saya dapat ditingkatkan. Lagi pun ini peluang baik untuk saya buktikan bakat lakonan saya kerana watak seperti ini memang jarang ada.
“Mungkin watak ini bakal menimbulkan isu tapi saya tidak kisah dan bagi saya inilah tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon,” jelasnya.
Saleha memberitahu, dia bakal menjalani penggambaran filem itu bermula pada 20 Mei ini dan memberitahu pasangan lesbian dalam filem itu akan dilakonkan oleh pelakon Marsha Milan Londoh.-sinarharian

Shah Jaszle Di Tangkap Khalwat Jam 3.30 Pagi

Malu tak sudah pelakon tersebut bila Shah Jaszle Khalwat : Kecoh satu malaya bila tersiarnya berita panas gosip hiburan hari ini yang berkaitan seorang aktor popular berumur 25 tahun, ditangkap khalwat di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang. Ambik Kau!
Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini awal Khamis.
Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.
Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan pada Khamis, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam.
“Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995,” katanya.
Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja. – BERNAMA
Pada mulanya, sukar bagi penulis untuk meneka siapa pelakon yang dimaksudkan, tapi berdasarkan carian khusus, kami rasa Shah Jazsle merupakan pelakon yang ditangkap khalwat tersebut.
Shah Jaszle tunang 500x333 Shah Jaszle Di Tangkap Khalwat Jam 3.30 Pagi
Rasanya, Shah Jaszle baru bertunang pada bulan Disember 2012 yang lepas.Kalau ikut laporan berita, penangkapan khalwat lebih dari seorang.Mungkin lepak ramai-ramai dalam apartment.Walauapapun,kami tidak berani mengesahkan berita khalwat buat masa ini.Kita tunggu sama-sama penjelasan dari Shah Jaszle sendiri.
Shahz Jaszle Ditahan Khalwa Shah Jaszle Di Tangkap Khalwat Jam 3.30 Pagi
Berita terbaru yang penulis terima apabila terbaca di laporan Harian Metro hari ini menyebut yang pelakon lelaki terkenal ini di’tangkap khalwat bukan bersama tunang’nya.
01 Pelakon Lelaki Terkenal Kena Tangkap Khalwat Di Shah Alam Shah Jaszle Di Tangkap Khalwat Jam 3.30 Pagi

widget